Herbanika Lulur dari Nona Roguy digunakan secara tradisional sebagai skrab penjagaan untuk kehalusan, kesihatan dan kebersihan kulit. Juga mengembalikan kemantapan kulit tubuh. Boleh dimulakan pada hari ke 3 selepas bersalin.
KHASIAT HERBANIKA LULUR
- Menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang berpigmentasi kehitaman dan jeragat.
- Mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk badan yang kembang atau sembab angin, kebas, lenguh atau sengal.
- Membantu menegangkan payudara yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.
- Memecahkan lemak serta lendir, mengecutkan bengkak sendi, otot, urat saraf dan atasi masalah Bengkak Vena.
KANDUNGAN HERBANIKA LULUR
- Kaempferia galanga.
- Zingiber cassumanar.
- santalum album.
- Curcuma Heyneana.
CARA GUNA HERBANIKA LULUR
- Sebelum mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan.
- Ambil 1 – 2 sudu besar Herbanika Lulur digaul sederhana cair dengan air suam.
- Sapurata ke seluruh badan, lakukan gosokan atau lulur semasa ia separa kering sehingga bersih.
- Elakkan lulur di bahagian payudara serta perut secara kasar atau menyental.
- Lakukan dengan lembut dan berhati-hati.
- Elakkan lulur di bahagian putting payudara yang berkulit sensitif akibat penyusuan.
- Mandi dan bilas dengan bersih(guna Mandian Herba untuk badan anda).
- Ulangi amalan lulur ini setiap hari selama 30 hari ke 44 hari untuk mendapatkan kesan yang baik.
No Pendaftaran KKM: MAL 19985761T
Kandungan Herbanika Lulur 150g

Related posts:




