Saiz, bentuk zakar ikut keturunan, baka

ISU saiz dan bentuk alat kelamin lelaki jarang dipertikai sewaktu zaman saya bujang dulu. Ketika itu saya hanya terdengar desas-desus mengenainya kerana individu kurang membincangkan isu terbabit, mungkin kerana malu.

Sebagai doktor yang mengendalikan masalah kesuburan ketika di Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia, Ibu Pejabat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Kuala Lumpur lebih 26 tahun lalu, saya melihat pelbagai saiz dan bentuk alat kelamin lelaki ketika memeriksa dan mengukur isi padu kerandut mereka.
Ada ketika saya bertanya mereka yang mempunyai saiz kelamin yang kelihatan kecil sama ada wujud masalah ketika mahu bersama isteri, tetapi semua mereka mendakwa tidak ada masalah walaupun kelamin mereka kecil! Hanya ada satu kes, lebih kurang setahun sebelum saya bersara, di mana seorang lelaki muda bertemu saya untuk rawatan menambah saiz alat kelaminnya.

Pemeriksaan menunjukkan saiz kelaminnya normal daripada segi saiz dan bentuk. Dia kebetulan mudah teruja dan kelihatan ereksinya mengembang padat dan mudah diukur (biasanya jika tidak, ereksi diberi suntikan ubat pelancar darah untuk mengukur saiz dan bentuk zakar).

Selepas diberi kaunseling, lelaki itu kelihatan puas hati dan tidak kembali lagi. Itu saja kes yang pernah saya bersemuka, mungkin lelaki itu berasa nasihat yang saya beri cukup untuknya melayari tugas sebagai suami.

Namun sejak kebelakangan ini dan selepas bersara serta mengendalikan kes kesihatan lelaki, ramai menemui saya dengan mengadu tidak puas hati terhadap saiz dan bentuk alat kelamin.

Mereka yang mendapatkan khidmat saya itu dari pelbagai peringkat usia. Saya dikunjungi lelaki tua dan muda yang tidak puas dengan saiz dan bentuk zakar mereka.

Sebilangan besar kes yang saya kendali ialah lelaki yang mempunyai ereksi tidak sehala dan alat kelamin melengkung. Untuk lelaki berusia pula, masalah paling ketara adalah mengenai alat kelamin mengecut dan tidak seperti saiz ketika muda! Begitulah antara keletah yang saya alami dalam memberi perkhidmatan terhadap penyakit orang lelaki ini, macam-macam luahan yang boleh didengar.

Namun, sekadar informasi kepada pembaca sebagai pengalaman dan berdasarkan pengetahuan saya, hanya 20 peratus kes saya yang benar-benar mempunyai alat kelamin berukuran kurang 10 sentimeter ketika ereksi.

Sebilangan besar yang lain mempunyai saiz normal untuk lelaki Asia iaitu antara 10 hingga 14 sentimeter panjang dan ukur lilit antara 10 hingga 15 sentimeter.

Untuk makluman semua juga, saiz dan bentuk alat kelamin juga mengikut keturunan dan baka. Ketumbesaran alat kelamin dalam pengaruh hormon ketumbesaran dan hormon testosterone.

Jadi ketumbesaran kelihatan terserlah ketika lelaki itu baligh. Jika seseorang itu baligh awal, ketumbesaran zakar kelihatan lebih awal. Pembesaran alat kelamin berlaku sehingga kemuncak baligh iaitu 20 tahun.

Sumber

Related posts:

  1. Masalah zakar: Tertekan sejak ada ketumbuhan
  2. Saiz Zakar Lelaki Melayu Bergantung 4 Faktor