CARA ELAK PANCUT AWAL

Sudah menjadi lumrah dan kebiasaan kita akan mendengar keluhan di kalangan lelaki tentang masalah cepat pancut atau cepat keluar air mani akibat klimaks. Hal ini sebenarnya lebih kerap akan terjadi di kalangan para lelaki yang baru sahaja mendirikan rumahtangga.

Di awal-awal tempoh perkahwinan mereka ketika bersama isteri, mereka akan lebih mudah terangsang berbanding jika setelah mereka sudah bertahun-tahun berkahwin. Malah ketika di malam pertama, inilah yang menjadi delima mereka.

Tapi, tahukah anda bahawa terdapat juga sebilangan di kalangan suami yang dah bertahun-tahun berkahwin pun masih mengalami masalah ini!

Usah jadikan masalah ini berlarutan, kelak padah akan mengundang. Jangan biarkan isteri anda kecewa di kemudian hari akibat anda cepat ‘tewas’ di ranjang.

Dalam post ini saya akan kongsikan bersama anda bagaimana kita boleh atasi masalah cepat pancut ini.

Kaedah pertama ialah dengan cara anda mengawal dayungan pergerakkan keluar-masuk zakar anda. Jika anda rasakan seakan-akan air mani anda hendak keluar, anda boleh perlahankan atau hentikan sama sekali gerakkan dayungan anda. Setelah ia reda, barulah boleh teruskan kembali dayungan.

Kaedah kedua ialah dengan cara anda mengemutkan zakar anda ketika melakukan dayungan. Ini dapat menahan pancutan air mani keluar ataupun melewatkannya walaupun ketika anda melakukan dayungan. Walaubagaimanapun, anda haruslah menguasai terlebih dahulu Senanam Kegel untuk memastikan kemutan anda mantap.

Kaedah ketiga dan terakhir yang boleh anda lakukan ialah dengan cara menggerakkan dan menggesal pangkal zakar anda (tanpa menyentuhkan kepala zakar) pada bahagian atas (lelangit) faraj isteri anda. Gerakkan ini boleh mengelakkan anda terangsang tapi memberi rangsangan yang hebat kepada isteri anda kerana di situlah terletaknya G-spot isteri anda iaitu titik rangsangan utama bagi wanita.

Bahagian pangal zakar tidak mengandungi tisu-tisu sensitif seperti pada bahagian kepala zakar. Sebab itulah si suami harus cuba mengelakkan kepala zakar daripada bergesel dan menyentuh dalam faraj isteri.

Related posts:

  1. 4 PUNCA MENGAPA LELAKI CEPAT PANCUT